Soalan Lazim – Kami jawab direct
Kami telah menyusun senarai pertanyaan lazim mengenai perkhidmatan kami untuk memberikan anda jawapan yang jelas dan langsung.
Apa itu PrEP dan macam mana ia berfungsi?
PrEP ialah pil yang diambil sebelum terdedah kepada HIV. Ia membina perlindungan dalam badan supaya jika HIV masuk, ia tak dapat menyebabkan jangkitan.
Adakah PrEP hanya untuk orang yang “berisiko tinggi”?
Tidak — PrEP sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu perlindungan tambahan daripada HIV. Jika anda aktif secara seksual dan mahukan ketenangan fikiran, ini mungkin sesuai untuk anda.
Apa beza PrEP dan PEP?
PrEP diambil sebelum risiko. PEP ialah ubat kecemasan yang diambil selepas risiko, dalam masa 72 jam.
Apa itu Doxy-PEP?
Doxy-PEP ialah antibiotik yang diambil dalam masa 72 jam selepas seks untuk mengurangkan risiko STI tertentu seperti klamidia dan sifilis.
Adakah proses ini betul-betul sulit?
Ya, 100% sulit. Maklumat anda dilindungi di bawah PDPA, dan ubat dihantar dalam bungkusan tanpa label jelas.
Perlu buat ujian HIV sebelum mula PrEP atau PEP?
Ya. Ujian HIV penting untuk pastikan anda mula rawatan yang betul dan elak kerintangan ubat.
Ada kesan sampingan?
Ada yang mungkin alami kesan ringan seperti loya atau sakit kepala pada awalnya, tapi biasanya akan hilang sendiri. Kami akan terangkan apa yang perlu dijangka.
Boleh hentikan dan mula semula PrEP ikut suka hati?
Boleh, tapi anda kena ikut nasihat mula/henti yang betul untuk pastikan ia berkesan. Kami akan tunjuk cara yang selamat.
Adakah PrEP atau Doxy-PEP lindungi semua jenis STI?
Tidak. Ia hanya melindungi HIV dan STI bakteria tertentu. Kondom masih penting untuk perlindungan penuh.
Macam mana nak mula?
Mudah — isi saringan percuma online. Doktor akan semak jawapan anda dan beri nasihat seterusnya.
